Asslamualaikum semua..
Antara soalan yang customer akan tanya adalah "Nape ye? Da makan supplemen tapi macam tak ada kesan pun..makin teruk lagi ada. Nape ye?"..Jadi kat sini, saya cuba cerita serba sedikit apa itu Healing Crisis atau Krisis Pemulihan. Yang paling penting kita kena ingat, supplemen ni bukan ubat..jadi biasanya, akan ambil masa sikit untuk kita nmpak hasilnya..
Q
: Apa itu healing crisis (krisis pemulihan)?
A : Healing krisis ni adalah
satu proses dimana badan mengalami proses pembersihan dan ‘rebuilding’ untuk
satu jangkamasa. Antara proses healing ni, badan akan buang toksik yang
terkandung dalam badan selama ini. Semasa proses ‘membuang’ toksik ni, badan
kita akan mengalami keadaan yang kurang selesa dan akan menghantar
signal-signal ke seluruh tubuh badan kita. Proses ini yang dipanggil healing
crisis. Menurut falsafah perubatan cina, setiap proses pemulihan mesti melalui
proses healing crisis ini.
Q
: Kenapa healing crisis berlaku selepas kita makan suplemen kesihatan?
A : Menurut pakar molekul
nutrisi, Professor Yoshio Niwa, bila kita mula meningkatkan pengambilan
nutrisi, nutrisi itu akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam badan kita.
Dan sebenarnya, tindakbalas yang terjadi antara oksigen dan nutrisi yang kita
ambil ini akan membuatkan organ-organ dalam badan kita bekerja keras untuk
proses ‘pembersihan’, ‘pembuangan’, dan ‘penggantian sel-sel lama kepada
sel-sel yang baru dan sihat’. Sebagai contoh, mungkin kita akan mengalami
ruam-ruam merah di kulit, atau lebih kerap buang air besar. Semua ini adalah
tanda badan sedang mengalami proses ‘pembuangan dan pembersihan’ atau dikenali
sebagai detoxification. Bayangkan, badan kita macam paip air yang berkarat.
Bila tiba-tiba kita masukkan serbuk pencuci, mula-mula yang akan keluar adalah
segala macam karat dan kekotoran yang terkandung. Tapi, lama kelamaan baru la
kita dapat air bersih.
Q
: Bagus ke kalau kita mengalami healing crisis ni?
A : YA. Dengan adanya
healing crisis ni, kita tahu yang supplemen yang kita ambil tu berkesan.
Sesetengah orang mungkin rasa yang keadaan kesihatan mereka bertambah teruk
sejak makan supplemen tapi sebenarnya ianya adalah proses yang semulajadi dan
sememangnya merupakan satu tanda positif yang menunjukkan badan kita sedang
mengalami proses pemulihan. Secara umumnya, healing crisis ni berlaku bila
badan kita cukup sihat untuk bertindakbalas dengan sebarang perubahan yang
badan kita alami. Walaubagaimanapun, bila kita tidak mengalami healing
crisis,ia mungkin menunjukkan yang samada seseorang itu tidak ada toksik
langsung dalam badannya atau badannya terlalu lemah untuk bertindakbalas dan
tak berupaya melalui proses healing crisis ini.
Q
: Adakah semua orang akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda yang sama
semasa healing crisis ini?
A : Semua orang berbeza. Ada
yang mengalami healing crisis ini sejurus selepas mengambil supplemen. Ada juga
yang hanya mengalaminya selepas 1-2 bulan. Tahap serius healing crisis juga
berbeza. Bergantung kepada badan seseorang itu. Lagi banyak toksik dalam badan,
lagi kuat healing crisis.
Q
: Berapa lama biasanya proses healing crisis ini berlaku?
A : Bergantung kepada
keadaan kesihatan seseorang itu. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk
betul-betul hilang healing crisis ini, mungkin juga berbulan.
Q
: Kebanyakkan orang akan rasa lebih sihat selepas makan supplemen tapi kenapa
saya tidak merasa apa-apa perubahan langsung?
A : Selalunya, selepas 1
atau 2 bulan makan supplemen, kita akan mula rasa perubahan ( tenaga meningkat,
lebih lawas dsb). Tapi, jika anda tidak merasakan apa-apa perubahan, mungkin :-
- Anda
tidak makan secara konsisten. Makan ikut mood.sekejap makan, sekejap tidak.
- Anda
tak ikut cara pemakanan yang betul
- Berhenti
makan bila tiba-tiba rasa ada healing crisis.
- Diet
pemakanan dan cara hidup yang kurang betul.
- Ada
penyakit serius, memerlukan masa yang lebih untuk nampak kesan.
- Situasi
kronik.