Wednesday, October 1, 2014

Misi Personal Statement

Assalamualaikum semuaa...

Setiap hari, setiap pagi biasanya saya akan tengok balik to-do list yang saya buat setiap malam..Semenjak masuk umo remaja purba ni, banyak benda asyik terlupa jeee..hehehehe..

Ok..antara banyak-banyak benda kena buat tu, Personal Statement yang selalunya palinggg last dapat perhatian..jadinya, saya buat satu status kat sini untuk make sure dalam masa 3 hari Personal Statement saya tu siap..eh..tweet..tak bole 3 hari sebab nak raya ni..hahahaha

Ermm...7 hari bole?hahahaha

Sebenarnya, saya apply 2 course..satu Environmental Engineering dan Business Management..Personal Statement untuk course Environmental Engineering ni da siap..tapi yang untuk Business Management ni..rasa macam payah nak tulis..xdok idea..sebab saya background engineering tetibe nak tulis Personal Statement course Business kan?

Kalau ada sesiapa yang nak share contoh Personal Statement atau link yg best, bole la comment kat bawah..InshaAllah saya akan visit blog anda pulak k?



Monday, September 8, 2014

Wowwww Double Promotion - Mealshakes dan Collagen

Assalamualaikum semua...!!!

Lama saya tak bersiaran kan? Sebenarnye, lappy ni tetibe ada problem pulak..semua nak yang baru..hehehehe

Diam tak diam..group saya da makin membesar..ada yang join untuk berbisnes..ada yang join untuk makan sendiri..ada yang masih bertahan..ada yang belum apa2 lagi da angkat bendera putih..semua pun ada..dan saya terima semuanya dengan redha..Alhamdulillah.. ;)

Sebenarnya, saya nakkkk sangattt anda semua join Shaklee bulan ni..sebab bulan ni ada promo berganda..pulak tu ada bonus bergandaaaa pulakkk....rugi sangat kalau lambat join..


Collagen Powder Shaklee ni memang da terbukti keberkesanannya..tak yah cite pasal orang lain..saya sendiri rasa khasiat Collagen Powder Shaklee ni..dulu muka saya penuh jeragat..memang masalah besar bagi saya jeragat ni..tapi sejak saya amalkan minum Collagen Powder Shaklee ni, jeragat saya makin pudar..sampaikan ada yang tegur jeragat saya makin tak nmpak katanya..hihihihi happy sangat..untuk kaum hawa yang da bersuami, mesti tau perasaan nak melawa untuk suami.. ;)

Tapi..Collagen Powder Shaklee ni, bukan hanya untuk muka..khasiatnya termasuk mencantikkan rambut, kuku, menjadikan otak lagi sihat..macam2 lagi laaaaa...jadi jom la kita beli sementara tengah promo ni..

Silalah mesej atau watsapp je saya..InshaAllah semua akan dibalas..cuma lambat atau cepat je..


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau inginkan konsultasi percuma dan berterusan, sms/watsapp 017.347 1218



Thursday, August 14, 2014

Semangat agak down

Assalamualaikum semua..

Hari ni, semangat saya agak down..jadi kita lari topik sekejap..hehehehe

Sebenarnya, saya nak sambung belajar..bukan dalam negara tapi luar negara..da lama sangaaat saya teringin nak jejak ke negara orang tapi asyik2 tak berkesampaian..tapi sebab2 tu, saya tak boleh nak share kat sini kerana agak peribadi..takot2 nanti tersilap kata, orang lain tersinggung..takpe, saya redha.

Tapi, tahun ni, akhirnya saya beranikan diri utk apply sambung belajar ke UK..dan DITERIMA pulak..yeaayyyyyy....!!!! Happynya rasa macam nak buat backflip 3x..hahahaha

Then, 5 bulan selepas tu, reality hit...saya tak dapat scholarship..nak g ngan tajaan sendiri tu memang tak dapek la sebab saya ada dependent 3 orang..

Sebab tu, hari ni..mood sangat down..patutnya, bulan ni saya da apply for visa..then, early next month saya da fly ke UK..tapiiiiiiii...

Tengah pujuk diri sendiri..mungkin belum rezeki..T_T

Sunday, August 3, 2014

Promo Bulan Ogos 2014

Assalamualaikum semua..


Dengan gembiranya saya nak announce yang saya da nak masuk 10 bulan join Shaklee..selama 10 bulan ni, saya pernah merasa bonus 2 angka, 3 angka, 4 angka..takde angka pun pernah..hahahaha..sebab ni bisnes saya..kalau saya rajin banyak la dapatkan?

Selama 10 bulan tu jugak..macam-macam perangai manusia yang saya jumpa..kadang2 nak tergelak pun ada..hahahaha..tapi InshaAllah..saya masih kuat menahan dugaan..seperti kata Nanny saya PMCery kan..kalau kita tak mampu nak tahan perangai manusia yang sikit ni, macamana kita nak tahan perangai manusia bila kita ada empayar sendiri nanti? Jadi, doa2kan saya ye..supaya hati saya kuat dan tak mudah putus semangat..

Ok..jao plak melalut kan?sebenarnye nak share mengenai promo Shaklee bulan ni..the famous GLA COMPLEX Shaklee..clap clap clap

Sebenarnya, ramai yang ingat GLA ni untuk perempuan je..atau untuk kesuburan je..tapi no no no..GLA COMPLEX Shaklee ni banyak khasiat..

InshaAllah, saya akan share malam nanti..sekarang ni tengah berperang dengan anak2.. ;)


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau inginkan konsultasi percuma dan berterusan, sms/watsapp 017.287 9803

Friday, July 11, 2014

Healing Crisis dalam pemakanan supplemen

Asslamualaikum semua..

Antara soalan yang customer akan tanya adalah "Nape ye? Da makan supplemen tapi macam tak ada kesan pun..makin teruk lagi ada. Nape ye?"..Jadi kat sini, saya cuba cerita serba sedikit apa itu Healing Crisis atau Krisis Pemulihan. Yang paling penting kita kena ingat, supplemen ni bukan ubat..jadi biasanya, akan ambil masa sikit untuk kita nmpak hasilnya..

Q : Apa itu healing crisis (krisis pemulihan)?

A : Healing krisis ni adalah satu proses dimana badan mengalami proses pembersihan dan ‘rebuilding’ untuk satu jangkamasa. Antara proses healing ni, badan akan buang toksik yang terkandung dalam badan selama ini. Semasa proses ‘membuang’ toksik ni, badan kita akan mengalami keadaan yang kurang selesa dan akan menghantar signal-signal ke seluruh tubuh badan kita. Proses ini yang dipanggil healing crisis. Menurut falsafah perubatan cina, setiap proses pemulihan mesti melalui proses healing crisis ini.

Q : Kenapa healing crisis berlaku selepas kita makan suplemen kesihatan?

A : Menurut pakar molekul nutrisi, Professor Yoshio Niwa, bila kita mula meningkatkan pengambilan nutrisi, nutrisi itu akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam badan kita. Dan sebenarnya, tindakbalas yang terjadi antara oksigen dan nutrisi yang kita ambil ini akan membuatkan organ-organ dalam badan kita bekerja keras untuk proses ‘pembersihan’, ‘pembuangan’, dan ‘penggantian sel-sel lama kepada sel-sel yang baru dan sihat’. Sebagai contoh, mungkin kita akan mengalami ruam-ruam merah di kulit, atau lebih kerap buang air besar. Semua ini adalah tanda badan sedang mengalami proses ‘pembuangan dan pembersihan’ atau dikenali sebagai detoxification. Bayangkan, badan kita macam paip air yang berkarat. Bila tiba-tiba kita masukkan serbuk pencuci, mula-mula yang akan keluar adalah segala macam karat dan kekotoran yang terkandung. Tapi, lama kelamaan baru la kita dapat air bersih.

Q : Bagus ke kalau kita mengalami healing crisis ni?

A : YA. Dengan adanya healing crisis ni, kita tahu yang supplemen yang kita ambil tu berkesan. Sesetengah orang mungkin rasa yang keadaan kesihatan mereka bertambah teruk sejak makan supplemen tapi sebenarnya ianya adalah proses yang semulajadi dan sememangnya merupakan satu tanda positif yang menunjukkan badan kita sedang mengalami proses pemulihan. Secara umumnya, healing crisis ni berlaku bila badan kita cukup sihat untuk bertindakbalas dengan sebarang perubahan yang badan kita alami. Walaubagaimanapun, bila kita tidak mengalami healing crisis,ia mungkin menunjukkan yang samada seseorang itu tidak ada toksik langsung dalam badannya atau badannya terlalu lemah untuk bertindakbalas dan tak berupaya melalui proses healing crisis ini.

Q : Adakah semua orang akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda yang sama semasa healing crisis ini?

A : Semua orang berbeza. Ada yang mengalami healing crisis ini sejurus selepas mengambil supplemen. Ada juga yang hanya mengalaminya selepas 1-2 bulan. Tahap serius healing crisis juga berbeza. Bergantung kepada badan seseorang itu. Lagi banyak toksik dalam badan, lagi kuat healing crisis.

Q : Berapa lama biasanya proses healing crisis ini berlaku?

A : Bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang itu. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk betul-betul hilang healing crisis ini, mungkin juga berbulan.

Q : Kebanyakkan orang akan rasa lebih sihat selepas makan supplemen tapi kenapa saya tidak merasa apa-apa perubahan langsung?

A : Selalunya, selepas 1 atau 2 bulan makan supplemen, kita akan mula rasa perubahan ( tenaga meningkat, lebih lawas dsb). Tapi, jika anda tidak merasakan apa-apa perubahan, mungkin :-
  1. Anda tidak makan secara konsisten. Makan ikut mood.sekejap makan, sekejap tidak.
  2. Anda tak ikut cara pemakanan yang betul
  3. Berhenti makan bila tiba-tiba rasa ada healing crisis.
  4. Diet pemakanan dan cara hidup yang kurang betul.
  5. Ada penyakit serius, memerlukan masa yang lebih untuk nampak kesan.
  6. Situasi kronik.

Thursday, July 10, 2014

Shaklee untuk sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum semua


Makin hari macam makin jatuh chenta plak ngan penulisan blog..patut la ramai yang suka ada personal blog.. ;)

Ok..melalut plak dah..hari ni saya nak share antara set Shaklee yang sangat famous bila masuk je bulan Ramadhan..

Kalau tengok gambar tu, ada 4 set ;


  1. Ramadhan Slimming Program - CINCH SHAKE MIX, PERFORMANCE DRINK, LECITHIN, ALFALFA / HERBLAX.
  2. Ramadhan Penambah Tenaga - ESP, PERFORMANCE DRINK, MEALSHAKES
  3. Ramadhan Set Penyusuan Ibu - ESP, PERFORMANCE DRINK, ALFALFA
  4. Ramadhan Set untuk kanak-kanak - PERFORMANCE DRINK, MEALSHAKES
Jadi mai pilih mai pilih..kalau anda perasan kan, setiap set Ramadhan ni mesti ada PERFORMANCE DRINK kan? sebab antara manfaat utama PD ni adalah mencegah peghidratan..alaaa..dehydrate la kate org Perak..jadi, takyah minum air bertong-tong masa buka atau masa sahur..minum je segelas PD..InshaAllah..

Kalau nak info lebih, jangan malu2 untuk tinggalkan comment ye?


 Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau inginkan konsultasi percuma dan berterusan, sms/watsapp 017.287 9803


Tuesday, July 8, 2014

Mula-mula terjebak dengan Shaklee - Part II

Assalamualaikum semua,

Alrity..sambungan cerita macam mana saya boleh terjebak dengan Shaklee..macam drama tv plak ada episode kan?hihihihi..


Selepas saya buang semua ubat-ubat dan krim yang saya dapat dari klinik / hospital, saya start bagi anak saya MEALSHAKES..time tu, nak beli OMEGA GUARD mahal sangat..budget tak ada..so, start dengan MEALSHAKES. 

Saya ada 2 anak perempuan..yang sulung masa tu umur 3 tahun dan yang bongsu ni 1 tahun..disebabkan anak saya yang sulung ni seorang yang picky eater, saya pun suapkan MEALSHAKES kat dia jugak tapi tumpuan saya untuk tengok perubahan still kat anak saya yang no 2 yang ada eczema ni..setiap hari saya check siku, leher, bawah lutut anak saya ni.

Tapi..yang saya lambat sedar, anak saya yang sulung ni mula tunjuk minat nak makan..yang saya perasan, mula-mula dia bangun pagi terus nak roti..lama-lama tu, roti da tak cukup..nak breakfast nasi..pastu, tengahari nasi lagi..nak minum petang ngan kuih-kuih lagi..pendek kata, selagi tak tidur, cukup la 6 kali makan sehari..tapi saya tak complain tau..ni sekadar kongsi pengalaman..


Keyakinan saya pada Shaklee mula bercambah, the next month, tak kira saya kumpul gak duit untuk beli OMEGA GUARD. Hasilnya, eczema anak saya da kurang..anak sulung saya saya makin berselera dan tak sembelit..Alhamdulillah..

Sampai sekarang mereka masih lagi minum MEALSHAKES dan makan OMEGA GUARD ni..sekali sekale ade juga saya bagi CHEWABLE VITA C..tapi sekarang,bukan setakat anak2 je makan..saya pun da makan supplemen Shaklee..setakat ni saya amalkan VIVIX, COLLAGEN dan ESP..

Sila la baca entry saya mengenai CABARAN 40 HARI tu..ada saya cerita serba sedikit pasal kesan-kesan lepas saya amalkan COLLAGEN. 

Shaklee mahal sangat..?

Assalamualaikum semua..


Antara komen yang saya selalu dapat bila selesai cerita tentang Shaklee.."Shaklee ni mahal sangat..supplemen kat farmasi pun baru berapa je"..biasanya, saya akan cuba explain sebaik mungkin dan lepas tu semua terserah pada Allah..

Jadi, kat sini, saya akan cuba beri beberapa contoh supplemen Shaklee yang ramai kata mahal..


  • B Complex - RM 53.75 (WM) / 120 hidangan, RM 0.45 / 1 hidangan
  • Sustained Release Vita C - RM 92.50 (WM) / 180 hidangan, RM 0.50 / 1 hidangan
  • Vita-Lea Iron Formula - RM 88.75 (WM) / 120 hidangan, RM 0.74 / 1 hidangan.
Eh..banyak la lagi sebenarnye..ni baru sikit..ok, lepas tengok harga, jom tengok pulak berapa lama supplemen Shaklee ni boleh bertahan.


Haaa...tengok tu..supplemen Shaklee dalam gambar di atas semua hot item..setiap satu boleh tahan ada sampai 7 bulan..yang tahan satu bulan pun bergantung sebab tujuan kita ambil..contohnya ESP..MAXIMUM pengambilan satu hari 3 sudu..jadi, kalau kita minum sehari 3 sudu, cepat la habis..kalau kita minum sehari 1-2 sudu besar, haaa kan lambat sikit habisnya..

Jadi, jangan takut..jangan risau..dan..jangan berkira..pasal berkira ni, saya tau sebab banyak pengalaman..hahaha tapi tu cerita dalam entry lain yek?


 Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau inginkan konsultasi percuma dan berterusan, sms/watsapp 017.287 9803



Monday, July 7, 2014

Bila artis ber'shaklee' - part 1

Assalamualaikum semua..

Jangan tak percaya bila saya katakan sebenarnya, ramai dah artis di Malaysia ni yang dah mencuba Shaklee..tapi anda semua nampak tak Shaklee guna mana-mana artis untuk dijadikan duta? Takde kannn...tak pernah pun..walaupun Oprah yang famous, satu dunia kenal pun tak dijadikan duta..

Nak tau tak kenapa?sebab kita semua pun artis di mata Shaklee..kita semua pengguna Shaklee ni semua istimewa..jadi tak perlu upah orang untuk cakap Shaklee bagus..sebab kita pun boleh cerita.

That's make Shaklee so special..because of us..semua pengguna.. ;)

Ok..let the picture do the talking...


Datin Nor Juma mengamalkan B Complex

Rita Rudaini beri Mealshakes untuk anak-anaknya.


Ayu Raudhah yang memang tak pernah sorok mengamalkan Vivix

Leuniey Apek mengamalkan set hamil Shaklee dan set berpantang Shaklee



Tun Dr. Mahathir bercerita tentang rahsia kesihatannya.


Klik di sini untuk dengar apa kata Asyraf Muslim ---> Youtube Asyraf Muslim

Mizz Nina pun pengguna Shaklee

Ramai kan artis yang da cuba Shaklee?dan sebenarnya, ramai lagiiii..nantikan 'Bila artis ber'shaklee' part 2' ye?

Saturday, July 5, 2014

Pembelian secara online

Assalamualaikum semua,

Mulai hari ini, pembelian secara online untuk sebarang produk Shaklee boleh dilakukan kat blog Apple Green ni. yeayyy..just click link ni, pastu follow the step..nanti lepas buat payment, Shaklee akan post your purchase to your door step..easy peasy kan?

Tak yah da keluar rumah tengah2 panas..dengan minyak kereta lagi..

Tapiii...jangan risau..walaupun beli secara online, saya tetap akan bagi consultation mengenai cara pemakanan, what do's and dont's..macam-macam lagi la..

Boleh watsapp atau sms je kat no 017.2879803..tapi strictly no calls ye..bukan apa, saya ni housewife..ada tu, saya tengah masak/mandikan anak..nanti tak best pulak cakap terkocoh-kocoh kan? InshaAllah..watsapp atau mesej je..saya akan balas secepat mungkin.. ;)

Untuk pembelian secara online, sila klik ----> Produk Shaklee

Friday, July 4, 2014

Cabaran 40 hari - day 19

Assalamualaikum semua..!!

Lama saya berblog kan? Sebenarnye, saya ni bukan dari kalangan orang yang senang nak berkongsi suka duka dengan orang yang saya tak kenal..adapun tempat saya bercerita pun dengan suami atau kawan2 rapat..nak cerita kat family memang payah..bukan apa, family saya hanya ada mak dan adik2 saya 3 orang..ayah saya da lama meninggal dunia sebab kanser. Sebab tu, saya jadi lebih perahsia (ade ke term tu..hihi) sebab taknak da susahkan sesiapa..jadinya, untuk berblog ni sebenarnye di luar comfort zone saya..so, please bear with me ye semua..kalau2 ada cerita saya yang kurang faham atau salah faham..sebab karangan ni memang saya out..mase amek IELTS pun essay yg paling rendah..hahahaha

Alrite..19 hari yang lepas, saya da pun mulakan Cabaran 40 hari ni..apa cabaran 40 hari ni?hihihi...cabaran minum ESP dan COLLAGEN POWDER SHAKLEE selama 40 hari..da 19 hari pun berlalu..sorry tak update kat sini..saya banyak update kat FB..tp lepas ni, sini la rumah saya.. ;)

Alangkah bestnye kalau saya boleh ambil gambar sebelum dan selepas saya minum ESP & COLLAGEN POWDER SHAKLEE..tapiiii husband saya tak izinkan..takpe la kan..agaknye dia takot orang salah guna gambar tu plak..Jadinye, anda semua kena cuba percaya apa yang saya critakan..InshaAllah saya akan tulis sejujur2nya..

Ok..sepanjang 19 hari saya minum ESP dan CoLLAGEN POWDER SHAKLEE ni, saya dapati :-


  • rasa COLLAGEN ni tak sedappp..hahahaha..mungkin tak kena dengan tekak saya ni tapi mungkin kena dengan selera anda. Walaupun da 19 hari berlalu, saya still terloncat2 juga bila minum COLLAGEN ni.
  • jeragat leher (lebihan daging kat leher) yang da tak tau berapa lama ada kat leher ni hilang terus pada hari  ke 3 saya minum COLLAGEN POWDER ni. pada hari ke 2 tu nmpak tanda2 yang daging tu nak reput. then hari ke 3 terus hilang. sebenarnye jeragat leher ni tak sakit..tapi tension gak tengok cermin ada tompok-tompok hitam tu kan.
  • jerawat batu saya yang da sebulan kat muka ni jadi kecut..sekarang ni cume tinggal tompok merah yang saya harap boleh hilang nanti.
  • muka saya makin putih..hihihi..ni bukan saya cakap..husband saya cakap..seronoknye la rase bila suami puji ni kan?rasa pokok-pokok seme pun turut menyanyi.
  • muka makin berseri..eche..ni pun suami saya yang piju..betul saya cakap ni..true story.
  • jerawat still naik..bukan makna bila makn langsung tak naik jerawat..naik jugak tapi sekejap je..2-3 hari tu da hilang.
Harapan saya sebenarnye takde la nak cantik macam erra fazira tu..saya cuma harap kesan jeragat dan jerawat dari zaman sekolah menengah tu bule pudar atau hilang sikit..itupun da Alhamdulillah la bagi saya..

Ok semua?more to come ye..

Wednesday, June 4, 2014

Jom jana pendapatan bersama keluarga kami !!!

Assalamualaikum semua...!!!

Lamanye  tak meluahkan isi hati kat sini..echeh..

Hehehehe..hari ni saya nak ajak anda semua jana pendapatan bersama-sama kami..lagipun, nak masuk Ramadhan ni..mesti banyak nak buat persiapan raya kan?

Jadi, jom..pm saya sekarang untuk tau info lebih.. ;)





Friday, May 16, 2014

Mula-mula 'terjebak' dengan Shaklee

Assalamualaikum semua sahabat2..

Hari ni saya nak share macamana asalnya saya join Shaklee..


Pada mulanya saya join bukan untuk menjadikan Shaklee sebagai salah satu bisnes saya..saya join sebab anak saya yang bongsu kena eczema..now, bagi sesape yg ada pengalaman anak ada eczema ni mesti tau sedihnya la hati mak ni bila tengok anak dia umo 1 tahun tak bule nak tidur malam..asyik menggaru je..siang pun sama, duduk2 sambil tengok tv pun tangan asyik menggaru bawah lutut..garu siku sampai merah.. 



Puas dah bawak g klinik..sapu ubat yang doctor bagi..tapi bila sapu, elok sekejap..esok gatal lagi..kadang2 makin teruk..orang suruh sapu lotion, saya sapu jugak..u name it, we've done it..eche..



Bila jumpa doctor, doctor ckp.."Normal la tu budak kena eczema..nanti lama2 dia baik sendiri.."..then I asked him "agak2 bila eczema tu nak hilang?sebab frankly speaking da tak sanggup da tgk anak saya bgn tgh2 malam nangis sebab gatal.".."Ooo..that's depends..ada budak 2 tahun da baik..ada tu 5 tahun.."..darah da nak naik da ni..hahaha..sebab at that time, my daughter was just 1 yo..so, do u think I will just gonna wait around and do nothing sampai eczema tu hilang sendiri?I dont think so..jadi, bermula la episode mencari jalan untuk kurangkan eczema anak saya, kalau x bule sembuhkan..



Saya memang ada 'penyakit' yang susah nak give up sblm waktunye..hahaha..saya tau eczema ni susah nak sembuh tapi at that time sy fikir, dunia di tahap yang maju sekarang ni, takkan la takde ubat yang bule ease the itchiness tu kan..I mean, come on..



So, first step saya get rid semua ubat2 hospital dan klinik..semua ni ada drugs or steroid kan?so, I'm not gonna give that to my daughter anymore..kita back to basic..the whole nite tu I spent my time in front of my lappy je, just to find the most natural,environmental friendly solutions kan..until, I saw this one blog..blog apa pun x ingat da..cerita anak dia kena eczema dan dia consume Shaklee..

Haaa..suspen tak cerita?ok..nanti ye? to be continue one fine day..pjg2 kang takot ngantuk plak nak baca.









Thursday, May 15, 2014

Sijil Halal 2014

Assalamualaikum semua..

Post kali ni untuk cerita pasal status halal Shaklee..

Lately, banyak yang saya baca dan ada yang tanya terus pada saya bertanyakan tentang status halal supplemen Shaklee.Alhamdulillah..makin ramai yang prihatin tentang apa yang mereka makan sekarang ni..sebab apa yang kita makan membentuk diri kita. So, thumbs up semua..

Memang betul..kalau kita tengok kat botol2 supplemen Shaklee, tak ada logo halal Jakim..Ini kerana, logo Jakim hanya boleh dikeluarkan setelah pihak Jakim melawat kilang dan menyaksikan sendiri proses pembuatan produk itu. Tapi, seperti yang kita tahu, kilang Shaklee ni terletak di US. Jadi, sudah tentu, untuk pihak Jakim pergi ke US akan mengambil masa. 

Untuk makluman semua, kilang Shaklee di US telah pun mendapat status halal dari badan Islamic Services of America (ISA). Satu badan yang memang dipercayai oleh Jakim sejak 1980an lagi kalau saya tak silap.

Jadinya, jangan risau kalau tak ada logo Jakim kat botol Shaklee kerana Shaklee memang dijamin halal..lagipun, umat Islam bukan kat Malaysia je kan? ;)

Adab tegur menegur dalam Islam

Sebenarnya da lama nak cerita pasal adab tegur menegur ni tapi tak ada peluang dan ruang..kebetulan baru lepas dengar motivasi dari Dr. Mohd Fadhilah Kamsah (DMFK), so saya tulis kat sini..dengan tujuan dan harapan kita semua (termasuk saya) lebih beringat-ingat bila nak menegur kawan/sedara mara..


Sekarang macam da jadi trend..nak marah update kat facebook..tulis kat twitter..bukan tak bule nak tegur guna medium teknologi terkini ni tapi bukan ke lagi elok kalau kita pm je si polan tu..daripada tulis yang bukan2 kemudian biarkan satu dunia baca..lagi sedih bila ada yg 'like' dan comment oleh orang2 yang tak tau hujung pangkal cerita..kan da mengaibkan..kita bule kata "alaa..benda kecik je..aku pun org penah tegur cara macam tu..ok je"..memang betul..tapi kita kena ingat..rambut sama hitam tapi hati lain-lain..mungkin cara teguran macam tu sesuai untuk kita tapi tak semestinya sesuai untuk orang lain.Saya tau dan saya faham, kadang2 bila kita marah, hati bermaharajalela berbanding akal fikiran..haaa itu yang bahaya tu..jadi di sini, saya nak kongsi tips2 dari DMFK yang kita bole guna bila nak menegur kawan/sedara mara.



Panduan yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah dalam memberi teguran.

1. Niat kena betul
Muhasabah balik, kenapa kita nak menegur? Nak tegakkan syariat? Menyelamatkan sahabat daripada azab Allah? Atau nak mengaibkan or lain2.

2. Baca doa
a. Doa Nabi Musa
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku” (surah Taha:25-28)
b. Sebut Ya Aziz (Maha Mulia/Perkasa) Al-Jabbar(Maha Pemaksa) Al-Mutakabbir(Maha Besar) dan hembuskan pada sahabat
Tapi janganlah sampai dia perasan yang kita nak jampi dia. Cuma niatkan dengan kuasa Allah, dia dilembutkan hati untuk menerima teguran kita.
c. Surah Taha (1-5)
Tapi harus diingat, bukanlah doa-doa ini yang melembutkan hati, cuma dibacakan untuk menjadi asbab dilembutkan hati orang yang ingin ditegur.

3. Belai dengan puji-pujian
Manusia memang sifatnya senang apabila dipuji. Nurse pun sebelum suntik kita, akan usap-usap dulu tangan kitakan. Jadi, sebelum tegur orang, sebaiknya kita bercakap tentang perkara-perkara yang baik tentang dirinya. Puji pula haruslah ikhlas, bukan hendak membuat dia terangkat ke apa ke, barulah dimudahkan oleh Allah.
Bagi saya, saya suka cara En. Razak (cikgu gamelan) apabila menegur. Apabila kitorang main dengan tak berapa baik, cikgu akan cakap,
“Bagus awak main. Saya x pernah ajar lagikan lagu ni? Maknanya awak dah boleh main, dah boleh baca note sendiri. Kalau student UiTM, belajar satu sem dapat 10 lagu je. Awak baru berapa jam dah dekat 20 lagu kan. Bagus awak semua ni. Cuma, tempo tu lari sikit kan. Xpe la, kita practice lagi ek.”
Lepas rasa cuak sebab main salah, kita ditenangkan dengan puji-pujian cikgu. Kemudian baru diselitkan dengan teguran. Lebih mudah diterima kan?

4. Fokus kepada perkara yang nak ditegur (jangan mengungkit)
Kalau yang sahabat kita salah tu hari ni, tak perlulah kita mengungkit kesalahan-kesalahannya yang lalu. Seperti contoh yang diberikan oleh dr. Fadzilah, kalau hari ni isteri kita buat air xsedap, kurang gula, tak perlulah tegur dengan berkata, “Sejak kita kahwin, awak tak pernah buat air sedap.” Waa…dah 30 tahun kahwin, baru hari ni cakap selama ni tak sedap. Dah berliter-liter air yang diminum, baru nak ungkit tak sedap. Kecil hati yang mendengar. Marah sekalipun, nak tegur sekali pun, tak perlulah mengungkit. Fokus kepada perkara yang hendak ditegur sahajalah. Tak perlulah masukkan perkataan seperti selama ni, sejak dan lain-lain yang boleh mengecilkan hati penerima teguran.

5. Jangan tinggikan suara
Sesiapa pun, terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi. Pasti akan timbul rejection dalam hati apabila ditegur dalam nada yang tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar. Dan jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk orang lain terima teguran kita. Contoh macam, aku tak kesah pun kalau ditegur dengan nada tinggi. Takkan tak boleh tegur dengan nada tinggi kot? Sedangkan rambut kita pun warna lain-lain, inikan pula hati. Mungkin yang boleh terima tu hanya kita, penerimaan orang lain belum tentu sama dengan kita. Jadi, haruslah gunakan pendekatan yang terbaik dan berlemah lembut.

6. Doa supaya dia berubah
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,
“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.  Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)
Berdoalah untuk kebaikan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Kalau kita ikhlas untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, pasti dikabulkan Allah SWT.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Dan dalam kita berusaha menjadi penegur yang baik, kita juga haruslah berusaha untuk menjadi penerima teguran yang baik.



Dalam Islam, kita memang disuruh untuk menegur..tapi bukan bermakna kita bule menegur orang dengan kata-kata dan nada yang kasar..lps tu tegur di khalayak ramai pulak tu sampai bule mengaibkan..Islam ni agama yang cantik..jadi nak menegur pun kita disuruh menegur dengan penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi..

Jangan sampaikan kita terlampau 'mengagungkan' kemarahan kita, kita lupa semua kebaikkan yang dia da beri selama ni. Jangan jadikan 'teguran' dan 'nasihat' ni platform untuk kita balas dendam.

Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai role model kita.

Walla'hualam