Friday, May 16, 2014

Mula-mula 'terjebak' dengan Shaklee

Assalamualaikum semua sahabat2..

Hari ni saya nak share macamana asalnya saya join Shaklee..


Pada mulanya saya join bukan untuk menjadikan Shaklee sebagai salah satu bisnes saya..saya join sebab anak saya yang bongsu kena eczema..now, bagi sesape yg ada pengalaman anak ada eczema ni mesti tau sedihnya la hati mak ni bila tengok anak dia umo 1 tahun tak bule nak tidur malam..asyik menggaru je..siang pun sama, duduk2 sambil tengok tv pun tangan asyik menggaru bawah lutut..garu siku sampai merah.. 



Puas dah bawak g klinik..sapu ubat yang doctor bagi..tapi bila sapu, elok sekejap..esok gatal lagi..kadang2 makin teruk..orang suruh sapu lotion, saya sapu jugak..u name it, we've done it..eche..



Bila jumpa doctor, doctor ckp.."Normal la tu budak kena eczema..nanti lama2 dia baik sendiri.."..then I asked him "agak2 bila eczema tu nak hilang?sebab frankly speaking da tak sanggup da tgk anak saya bgn tgh2 malam nangis sebab gatal.".."Ooo..that's depends..ada budak 2 tahun da baik..ada tu 5 tahun.."..darah da nak naik da ni..hahaha..sebab at that time, my daughter was just 1 yo..so, do u think I will just gonna wait around and do nothing sampai eczema tu hilang sendiri?I dont think so..jadi, bermula la episode mencari jalan untuk kurangkan eczema anak saya, kalau x bule sembuhkan..



Saya memang ada 'penyakit' yang susah nak give up sblm waktunye..hahaha..saya tau eczema ni susah nak sembuh tapi at that time sy fikir, dunia di tahap yang maju sekarang ni, takkan la takde ubat yang bule ease the itchiness tu kan..I mean, come on..



So, first step saya get rid semua ubat2 hospital dan klinik..semua ni ada drugs or steroid kan?so, I'm not gonna give that to my daughter anymore..kita back to basic..the whole nite tu I spent my time in front of my lappy je, just to find the most natural,environmental friendly solutions kan..until, I saw this one blog..blog apa pun x ingat da..cerita anak dia kena eczema dan dia consume Shaklee..

Haaa..suspen tak cerita?ok..nanti ye? to be continue one fine day..pjg2 kang takot ngantuk plak nak baca.









Thursday, May 15, 2014

Sijil Halal 2014

Assalamualaikum semua..

Post kali ni untuk cerita pasal status halal Shaklee..

Lately, banyak yang saya baca dan ada yang tanya terus pada saya bertanyakan tentang status halal supplemen Shaklee.Alhamdulillah..makin ramai yang prihatin tentang apa yang mereka makan sekarang ni..sebab apa yang kita makan membentuk diri kita. So, thumbs up semua..

Memang betul..kalau kita tengok kat botol2 supplemen Shaklee, tak ada logo halal Jakim..Ini kerana, logo Jakim hanya boleh dikeluarkan setelah pihak Jakim melawat kilang dan menyaksikan sendiri proses pembuatan produk itu. Tapi, seperti yang kita tahu, kilang Shaklee ni terletak di US. Jadi, sudah tentu, untuk pihak Jakim pergi ke US akan mengambil masa. 

Untuk makluman semua, kilang Shaklee di US telah pun mendapat status halal dari badan Islamic Services of America (ISA). Satu badan yang memang dipercayai oleh Jakim sejak 1980an lagi kalau saya tak silap.

Jadinya, jangan risau kalau tak ada logo Jakim kat botol Shaklee kerana Shaklee memang dijamin halal..lagipun, umat Islam bukan kat Malaysia je kan? ;)

Adab tegur menegur dalam Islam

Sebenarnya da lama nak cerita pasal adab tegur menegur ni tapi tak ada peluang dan ruang..kebetulan baru lepas dengar motivasi dari Dr. Mohd Fadhilah Kamsah (DMFK), so saya tulis kat sini..dengan tujuan dan harapan kita semua (termasuk saya) lebih beringat-ingat bila nak menegur kawan/sedara mara..


Sekarang macam da jadi trend..nak marah update kat facebook..tulis kat twitter..bukan tak bule nak tegur guna medium teknologi terkini ni tapi bukan ke lagi elok kalau kita pm je si polan tu..daripada tulis yang bukan2 kemudian biarkan satu dunia baca..lagi sedih bila ada yg 'like' dan comment oleh orang2 yang tak tau hujung pangkal cerita..kan da mengaibkan..kita bule kata "alaa..benda kecik je..aku pun org penah tegur cara macam tu..ok je"..memang betul..tapi kita kena ingat..rambut sama hitam tapi hati lain-lain..mungkin cara teguran macam tu sesuai untuk kita tapi tak semestinya sesuai untuk orang lain.Saya tau dan saya faham, kadang2 bila kita marah, hati bermaharajalela berbanding akal fikiran..haaa itu yang bahaya tu..jadi di sini, saya nak kongsi tips2 dari DMFK yang kita bole guna bila nak menegur kawan/sedara mara.



Panduan yang diberikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah dalam memberi teguran.

1. Niat kena betul
Muhasabah balik, kenapa kita nak menegur? Nak tegakkan syariat? Menyelamatkan sahabat daripada azab Allah? Atau nak mengaibkan or lain2.

2. Baca doa
a. Doa Nabi Musa
“Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku” (surah Taha:25-28)
b. Sebut Ya Aziz (Maha Mulia/Perkasa) Al-Jabbar(Maha Pemaksa) Al-Mutakabbir(Maha Besar) dan hembuskan pada sahabat
Tapi janganlah sampai dia perasan yang kita nak jampi dia. Cuma niatkan dengan kuasa Allah, dia dilembutkan hati untuk menerima teguran kita.
c. Surah Taha (1-5)
Tapi harus diingat, bukanlah doa-doa ini yang melembutkan hati, cuma dibacakan untuk menjadi asbab dilembutkan hati orang yang ingin ditegur.

3. Belai dengan puji-pujian
Manusia memang sifatnya senang apabila dipuji. Nurse pun sebelum suntik kita, akan usap-usap dulu tangan kitakan. Jadi, sebelum tegur orang, sebaiknya kita bercakap tentang perkara-perkara yang baik tentang dirinya. Puji pula haruslah ikhlas, bukan hendak membuat dia terangkat ke apa ke, barulah dimudahkan oleh Allah.
Bagi saya, saya suka cara En. Razak (cikgu gamelan) apabila menegur. Apabila kitorang main dengan tak berapa baik, cikgu akan cakap,
“Bagus awak main. Saya x pernah ajar lagikan lagu ni? Maknanya awak dah boleh main, dah boleh baca note sendiri. Kalau student UiTM, belajar satu sem dapat 10 lagu je. Awak baru berapa jam dah dekat 20 lagu kan. Bagus awak semua ni. Cuma, tempo tu lari sikit kan. Xpe la, kita practice lagi ek.”
Lepas rasa cuak sebab main salah, kita ditenangkan dengan puji-pujian cikgu. Kemudian baru diselitkan dengan teguran. Lebih mudah diterima kan?

4. Fokus kepada perkara yang nak ditegur (jangan mengungkit)
Kalau yang sahabat kita salah tu hari ni, tak perlulah kita mengungkit kesalahan-kesalahannya yang lalu. Seperti contoh yang diberikan oleh dr. Fadzilah, kalau hari ni isteri kita buat air xsedap, kurang gula, tak perlulah tegur dengan berkata, “Sejak kita kahwin, awak tak pernah buat air sedap.” Waa…dah 30 tahun kahwin, baru hari ni cakap selama ni tak sedap. Dah berliter-liter air yang diminum, baru nak ungkit tak sedap. Kecil hati yang mendengar. Marah sekalipun, nak tegur sekali pun, tak perlulah mengungkit. Fokus kepada perkara yang hendak ditegur sahajalah. Tak perlulah masukkan perkataan seperti selama ni, sejak dan lain-lain yang boleh mengecilkan hati penerima teguran.

5. Jangan tinggikan suara
Sesiapa pun, terutamanya wanita, pasti tak suka apabila ditegur dengan nada yang tinggi. Pasti akan timbul rejection dalam hati apabila ditegur dalam nada yang tinggi, kecuali bagi mereka yang benar-benar sabar. Dan jangan menjadikan diri sendiri sebagai indicator untuk orang lain terima teguran kita. Contoh macam, aku tak kesah pun kalau ditegur dengan nada tinggi. Takkan tak boleh tegur dengan nada tinggi kot? Sedangkan rambut kita pun warna lain-lain, inikan pula hati. Mungkin yang boleh terima tu hanya kita, penerimaan orang lain belum tentu sama dengan kita. Jadi, haruslah gunakan pendekatan yang terbaik dan berlemah lembut.

6. Doa supaya dia berubah
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,
“Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.  Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata ‘aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan’” (Shahih Muslim no. 2733)
Berdoalah untuk kebaikan sahabat kita tanpa pengetahuannya. Kalau kita ikhlas untuk mendapatkan yang terbaik untuknya, pasti dikabulkan Allah SWT.
Sesungguhnya yang baik itu dari Allah SWT, dan yang buruk itu adalah dari kelemahan diri saya sendiri. Dan dalam kita berusaha menjadi penegur yang baik, kita juga haruslah berusaha untuk menjadi penerima teguran yang baik.



Dalam Islam, kita memang disuruh untuk menegur..tapi bukan bermakna kita bule menegur orang dengan kata-kata dan nada yang kasar..lps tu tegur di khalayak ramai pulak tu sampai bule mengaibkan..Islam ni agama yang cantik..jadi nak menegur pun kita disuruh menegur dengan penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi..

Jangan sampaikan kita terlampau 'mengagungkan' kemarahan kita, kita lupa semua kebaikkan yang dia da beri selama ni. Jangan jadikan 'teguran' dan 'nasihat' ni platform untuk kita balas dendam.

Jadikan Rasulullah s.a.w sebagai role model kita.

Walla'hualam