Friday, July 11, 2014

Healing Crisis dalam pemakanan supplemen

Asslamualaikum semua..

Antara soalan yang customer akan tanya adalah "Nape ye? Da makan supplemen tapi macam tak ada kesan pun..makin teruk lagi ada. Nape ye?"..Jadi kat sini, saya cuba cerita serba sedikit apa itu Healing Crisis atau Krisis Pemulihan. Yang paling penting kita kena ingat, supplemen ni bukan ubat..jadi biasanya, akan ambil masa sikit untuk kita nmpak hasilnya..

Q : Apa itu healing crisis (krisis pemulihan)?

A : Healing krisis ni adalah satu proses dimana badan mengalami proses pembersihan dan ‘rebuilding’ untuk satu jangkamasa. Antara proses healing ni, badan akan buang toksik yang terkandung dalam badan selama ini. Semasa proses ‘membuang’ toksik ni, badan kita akan mengalami keadaan yang kurang selesa dan akan menghantar signal-signal ke seluruh tubuh badan kita. Proses ini yang dipanggil healing crisis. Menurut falsafah perubatan cina, setiap proses pemulihan mesti melalui proses healing crisis ini.

Q : Kenapa healing crisis berlaku selepas kita makan suplemen kesihatan?

A : Menurut pakar molekul nutrisi, Professor Yoshio Niwa, bila kita mula meningkatkan pengambilan nutrisi, nutrisi itu akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam badan kita. Dan sebenarnya, tindakbalas yang terjadi antara oksigen dan nutrisi yang kita ambil ini akan membuatkan organ-organ dalam badan kita bekerja keras untuk proses ‘pembersihan’, ‘pembuangan’, dan ‘penggantian sel-sel lama kepada sel-sel yang baru dan sihat’. Sebagai contoh, mungkin kita akan mengalami ruam-ruam merah di kulit, atau lebih kerap buang air besar. Semua ini adalah tanda badan sedang mengalami proses ‘pembuangan dan pembersihan’ atau dikenali sebagai detoxification. Bayangkan, badan kita macam paip air yang berkarat. Bila tiba-tiba kita masukkan serbuk pencuci, mula-mula yang akan keluar adalah segala macam karat dan kekotoran yang terkandung. Tapi, lama kelamaan baru la kita dapat air bersih.

Q : Bagus ke kalau kita mengalami healing crisis ni?

A : YA. Dengan adanya healing crisis ni, kita tahu yang supplemen yang kita ambil tu berkesan. Sesetengah orang mungkin rasa yang keadaan kesihatan mereka bertambah teruk sejak makan supplemen tapi sebenarnya ianya adalah proses yang semulajadi dan sememangnya merupakan satu tanda positif yang menunjukkan badan kita sedang mengalami proses pemulihan. Secara umumnya, healing crisis ni berlaku bila badan kita cukup sihat untuk bertindakbalas dengan sebarang perubahan yang badan kita alami. Walaubagaimanapun, bila kita tidak mengalami healing crisis,ia mungkin menunjukkan yang samada seseorang itu tidak ada toksik langsung dalam badannya atau badannya terlalu lemah untuk bertindakbalas dan tak berupaya melalui proses healing crisis ini.

Q : Adakah semua orang akan mengalami simptom-simptom atau tanda-tanda yang sama semasa healing crisis ini?

A : Semua orang berbeza. Ada yang mengalami healing crisis ini sejurus selepas mengambil supplemen. Ada juga yang hanya mengalaminya selepas 1-2 bulan. Tahap serius healing crisis juga berbeza. Bergantung kepada badan seseorang itu. Lagi banyak toksik dalam badan, lagi kuat healing crisis.

Q : Berapa lama biasanya proses healing crisis ini berlaku?

A : Bergantung kepada keadaan kesihatan seseorang itu. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk betul-betul hilang healing crisis ini, mungkin juga berbulan.

Q : Kebanyakkan orang akan rasa lebih sihat selepas makan supplemen tapi kenapa saya tidak merasa apa-apa perubahan langsung?

A : Selalunya, selepas 1 atau 2 bulan makan supplemen, kita akan mula rasa perubahan ( tenaga meningkat, lebih lawas dsb). Tapi, jika anda tidak merasakan apa-apa perubahan, mungkin :-
  1. Anda tidak makan secara konsisten. Makan ikut mood.sekejap makan, sekejap tidak.
  2. Anda tak ikut cara pemakanan yang betul
  3. Berhenti makan bila tiba-tiba rasa ada healing crisis.
  4. Diet pemakanan dan cara hidup yang kurang betul.
  5. Ada penyakit serius, memerlukan masa yang lebih untuk nampak kesan.
  6. Situasi kronik.

Thursday, July 10, 2014

Shaklee untuk sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum semua


Makin hari macam makin jatuh chenta plak ngan penulisan blog..patut la ramai yang suka ada personal blog.. ;)

Ok..melalut plak dah..hari ni saya nak share antara set Shaklee yang sangat famous bila masuk je bulan Ramadhan..

Kalau tengok gambar tu, ada 4 set ;


  1. Ramadhan Slimming Program - CINCH SHAKE MIX, PERFORMANCE DRINK, LECITHIN, ALFALFA / HERBLAX.
  2. Ramadhan Penambah Tenaga - ESP, PERFORMANCE DRINK, MEALSHAKES
  3. Ramadhan Set Penyusuan Ibu - ESP, PERFORMANCE DRINK, ALFALFA
  4. Ramadhan Set untuk kanak-kanak - PERFORMANCE DRINK, MEALSHAKES
Jadi mai pilih mai pilih..kalau anda perasan kan, setiap set Ramadhan ni mesti ada PERFORMANCE DRINK kan? sebab antara manfaat utama PD ni adalah mencegah peghidratan..alaaa..dehydrate la kate org Perak..jadi, takyah minum air bertong-tong masa buka atau masa sahur..minum je segelas PD..InshaAllah..

Kalau nak info lebih, jangan malu2 untuk tinggalkan comment ye?


 Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau inginkan konsultasi percuma dan berterusan, sms/watsapp 017.287 9803


Tuesday, July 8, 2014

Mula-mula terjebak dengan Shaklee - Part II

Assalamualaikum semua,

Alrity..sambungan cerita macam mana saya boleh terjebak dengan Shaklee..macam drama tv plak ada episode kan?hihihihi..


Selepas saya buang semua ubat-ubat dan krim yang saya dapat dari klinik / hospital, saya start bagi anak saya MEALSHAKES..time tu, nak beli OMEGA GUARD mahal sangat..budget tak ada..so, start dengan MEALSHAKES. 

Saya ada 2 anak perempuan..yang sulung masa tu umur 3 tahun dan yang bongsu ni 1 tahun..disebabkan anak saya yang sulung ni seorang yang picky eater, saya pun suapkan MEALSHAKES kat dia jugak tapi tumpuan saya untuk tengok perubahan still kat anak saya yang no 2 yang ada eczema ni..setiap hari saya check siku, leher, bawah lutut anak saya ni.

Tapi..yang saya lambat sedar, anak saya yang sulung ni mula tunjuk minat nak makan..yang saya perasan, mula-mula dia bangun pagi terus nak roti..lama-lama tu, roti da tak cukup..nak breakfast nasi..pastu, tengahari nasi lagi..nak minum petang ngan kuih-kuih lagi..pendek kata, selagi tak tidur, cukup la 6 kali makan sehari..tapi saya tak complain tau..ni sekadar kongsi pengalaman..


Keyakinan saya pada Shaklee mula bercambah, the next month, tak kira saya kumpul gak duit untuk beli OMEGA GUARD. Hasilnya, eczema anak saya da kurang..anak sulung saya saya makin berselera dan tak sembelit..Alhamdulillah..

Sampai sekarang mereka masih lagi minum MEALSHAKES dan makan OMEGA GUARD ni..sekali sekale ade juga saya bagi CHEWABLE VITA C..tapi sekarang,bukan setakat anak2 je makan..saya pun da makan supplemen Shaklee..setakat ni saya amalkan VIVIX, COLLAGEN dan ESP..

Sila la baca entry saya mengenai CABARAN 40 HARI tu..ada saya cerita serba sedikit pasal kesan-kesan lepas saya amalkan COLLAGEN. 

Shaklee mahal sangat..?

Assalamualaikum semua..


Antara komen yang saya selalu dapat bila selesai cerita tentang Shaklee.."Shaklee ni mahal sangat..supplemen kat farmasi pun baru berapa je"..biasanya, saya akan cuba explain sebaik mungkin dan lepas tu semua terserah pada Allah..

Jadi, kat sini, saya akan cuba beri beberapa contoh supplemen Shaklee yang ramai kata mahal..


  • B Complex - RM 53.75 (WM) / 120 hidangan, RM 0.45 / 1 hidangan
  • Sustained Release Vita C - RM 92.50 (WM) / 180 hidangan, RM 0.50 / 1 hidangan
  • Vita-Lea Iron Formula - RM 88.75 (WM) / 120 hidangan, RM 0.74 / 1 hidangan.
Eh..banyak la lagi sebenarnye..ni baru sikit..ok, lepas tengok harga, jom tengok pulak berapa lama supplemen Shaklee ni boleh bertahan.


Haaa...tengok tu..supplemen Shaklee dalam gambar di atas semua hot item..setiap satu boleh tahan ada sampai 7 bulan..yang tahan satu bulan pun bergantung sebab tujuan kita ambil..contohnya ESP..MAXIMUM pengambilan satu hari 3 sudu..jadi, kalau kita minum sehari 3 sudu, cepat la habis..kalau kita minum sehari 1-2 sudu besar, haaa kan lambat sikit habisnya..

Jadi, jangan takut..jangan risau..dan..jangan berkira..pasal berkira ni, saya tau sebab banyak pengalaman..hahaha tapi tu cerita dalam entry lain yek?


 Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau inginkan konsultasi percuma dan berterusan, sms/watsapp 017.287 9803



Monday, July 7, 2014

Bila artis ber'shaklee' - part 1

Assalamualaikum semua..

Jangan tak percaya bila saya katakan sebenarnya, ramai dah artis di Malaysia ni yang dah mencuba Shaklee..tapi anda semua nampak tak Shaklee guna mana-mana artis untuk dijadikan duta? Takde kannn...tak pernah pun..walaupun Oprah yang famous, satu dunia kenal pun tak dijadikan duta..

Nak tau tak kenapa?sebab kita semua pun artis di mata Shaklee..kita semua pengguna Shaklee ni semua istimewa..jadi tak perlu upah orang untuk cakap Shaklee bagus..sebab kita pun boleh cerita.

That's make Shaklee so special..because of us..semua pengguna.. ;)

Ok..let the picture do the talking...


Datin Nor Juma mengamalkan B Complex

Rita Rudaini beri Mealshakes untuk anak-anaknya.


Ayu Raudhah yang memang tak pernah sorok mengamalkan Vivix

Leuniey Apek mengamalkan set hamil Shaklee dan set berpantang Shaklee



Tun Dr. Mahathir bercerita tentang rahsia kesihatannya.


Klik di sini untuk dengar apa kata Asyraf Muslim ---> Youtube Asyraf Muslim

Mizz Nina pun pengguna Shaklee

Ramai kan artis yang da cuba Shaklee?dan sebenarnya, ramai lagiiii..nantikan 'Bila artis ber'shaklee' part 2' ye?

Saturday, July 5, 2014

Pembelian secara online

Assalamualaikum semua,

Mulai hari ini, pembelian secara online untuk sebarang produk Shaklee boleh dilakukan kat blog Apple Green ni. yeayyy..just click link ni, pastu follow the step..nanti lepas buat payment, Shaklee akan post your purchase to your door step..easy peasy kan?

Tak yah da keluar rumah tengah2 panas..dengan minyak kereta lagi..

Tapiii...jangan risau..walaupun beli secara online, saya tetap akan bagi consultation mengenai cara pemakanan, what do's and dont's..macam-macam lagi la..

Boleh watsapp atau sms je kat no 017.2879803..tapi strictly no calls ye..bukan apa, saya ni housewife..ada tu, saya tengah masak/mandikan anak..nanti tak best pulak cakap terkocoh-kocoh kan? InshaAllah..watsapp atau mesej je..saya akan balas secepat mungkin.. ;)

Untuk pembelian secara online, sila klik ----> Produk Shaklee

Friday, July 4, 2014

Cabaran 40 hari - day 19

Assalamualaikum semua..!!

Lama saya berblog kan? Sebenarnye, saya ni bukan dari kalangan orang yang senang nak berkongsi suka duka dengan orang yang saya tak kenal..adapun tempat saya bercerita pun dengan suami atau kawan2 rapat..nak cerita kat family memang payah..bukan apa, family saya hanya ada mak dan adik2 saya 3 orang..ayah saya da lama meninggal dunia sebab kanser. Sebab tu, saya jadi lebih perahsia (ade ke term tu..hihi) sebab taknak da susahkan sesiapa..jadinya, untuk berblog ni sebenarnye di luar comfort zone saya..so, please bear with me ye semua..kalau2 ada cerita saya yang kurang faham atau salah faham..sebab karangan ni memang saya out..mase amek IELTS pun essay yg paling rendah..hahahaha

Alrite..19 hari yang lepas, saya da pun mulakan Cabaran 40 hari ni..apa cabaran 40 hari ni?hihihi...cabaran minum ESP dan COLLAGEN POWDER SHAKLEE selama 40 hari..da 19 hari pun berlalu..sorry tak update kat sini..saya banyak update kat FB..tp lepas ni, sini la rumah saya.. ;)

Alangkah bestnye kalau saya boleh ambil gambar sebelum dan selepas saya minum ESP & COLLAGEN POWDER SHAKLEE..tapiiii husband saya tak izinkan..takpe la kan..agaknye dia takot orang salah guna gambar tu plak..Jadinye, anda semua kena cuba percaya apa yang saya critakan..InshaAllah saya akan tulis sejujur2nya..

Ok..sepanjang 19 hari saya minum ESP dan CoLLAGEN POWDER SHAKLEE ni, saya dapati :-


  • rasa COLLAGEN ni tak sedappp..hahahaha..mungkin tak kena dengan tekak saya ni tapi mungkin kena dengan selera anda. Walaupun da 19 hari berlalu, saya still terloncat2 juga bila minum COLLAGEN ni.
  • jeragat leher (lebihan daging kat leher) yang da tak tau berapa lama ada kat leher ni hilang terus pada hari  ke 3 saya minum COLLAGEN POWDER ni. pada hari ke 2 tu nmpak tanda2 yang daging tu nak reput. then hari ke 3 terus hilang. sebenarnye jeragat leher ni tak sakit..tapi tension gak tengok cermin ada tompok-tompok hitam tu kan.
  • jerawat batu saya yang da sebulan kat muka ni jadi kecut..sekarang ni cume tinggal tompok merah yang saya harap boleh hilang nanti.
  • muka saya makin putih..hihihi..ni bukan saya cakap..husband saya cakap..seronoknye la rase bila suami puji ni kan?rasa pokok-pokok seme pun turut menyanyi.
  • muka makin berseri..eche..ni pun suami saya yang piju..betul saya cakap ni..true story.
  • jerawat still naik..bukan makna bila makn langsung tak naik jerawat..naik jugak tapi sekejap je..2-3 hari tu da hilang.
Harapan saya sebenarnye takde la nak cantik macam erra fazira tu..saya cuma harap kesan jeragat dan jerawat dari zaman sekolah menengah tu bule pudar atau hilang sikit..itupun da Alhamdulillah la bagi saya..

Ok semua?more to come ye..